Rabu, 23 Disember 2009

TAWARAN PENGAJIAN SEPENUH MASA

PENGAMBILAN JANUARI 2010

KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
Merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Kami menawarkan:

Program Sepenuh Masa (tempoh 2 tahun)
a. Sijil Multimedia Kreatif (Animasi) - masih dibuka
b. Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu - masih dibuka
c. Sijil Pelukis Pelan Senibina - masih dibuka
d. Sijil Automotif - telah penuh

Kelayakan masuk:
Warganegara Malaysia
Lulus Peperiksaan SPM @ SPMV
Lulus Bahasa Melayu
Tiada Had Umur

Bantuan Kewangan
RM250.00 sebulan kepada yang layak
atau
Pinjaman Tabung Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebanyak
RM6000.00 (2 tahun)

TAWARAN BAGI SESI JANUARI 2010 masih dibuka.
Tempat TERHAD

KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
NO. 87, LORONG BERTAM INDAH 1,
TAMAN BERTAM INDAH,
13200 KEPALA BATAS,
PULAU PINANG.

Maklumat lanjut, Hubungi
04-5755930/04-5792300 (u.p : Pegawai Pengambilan)

.....................SATU JALINAN KOMUNITI

Selasa, 22 Disember 2009

KEPADA PARA PESERTA KURPEN

Pihak Kolej Komuniti Kepala Batas amat berbesar hati di atas penyertaan tuan/puan di dalam kursus-kursus pendek yang telah pihak kami anjurkan. Untuk penyetahuan tuan/puan, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Kepala Batas ditubuhkan bertujuan mendekati komuniti setempat dalam merealisasikan amalan pembelajaran sepanjang hayat sebagaimana yang dituntut.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah bagi memenuhi keperluan dan kehendak komuniti dengan harga yang berpatutan, kepakaran yang diiktiraf dan kehendak latihan yang sesuai. Antara kursus yang ditawarkan oleh kami adalah kelas bahasa (bahasa inggeris, arab, mandarin dll), keusahawanan, kemahiran komputer, kursus keagamaan (tajwid, pengurusan jenazah, kursus perkahwinan dll), penyelenggaraan kenderaan/komputer, masakan, solekan dan penampilan diri dan sebagainya.

Sekali lagi, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyertaan tuan/puan dalam kursus yang telah kami anjurkan dan kami amat mengalu-alukan penyertaan tuan/puan di masa akan datang. Sebarang pertanyaan berkaitan kursus yang kami tawarkan, bolehlah berhubung dengan kakitangan kami di talian 04-5780302.

Sekian, terima kasih.
JPSH: "Satu Pendekatan Pendidikan & Latihan Bersepadu"

Salam mesra,
Rozanazirah Che Yahaya
Penyelaras Kursus Pendek
Kolej Komuniti Kepala Batas

Rabu, 18 November 2009

KURSUS SEPANJANG DISEMBER 2009

Senarai Kursus Pendek Sepanjang Disember 2009:
Jahitan Pakaian
Jahitan Langsir (Kesumanita & Lavender Decor)
Asas Perkahwinan Islam (5-6/12/2009)
Pengenalan Asas Kepada Microsoft Word
Solekan & Penampilan Diri
Asas Keusahawanan

KISAH KEJAYAAN PESERTA KURSUS PENDEK

Pengenalan
Minat yang amat mendalam dalam bidang jahitan akhirnya merubah kehidupan seorang surirumah, Puan Rosnah binti Mat, nombor kad pengenalan 590729-02-5310 yang menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang. Ibu kepada dua orang anak ini mempunyai prinsip tidak jemu belajar dan usia bukanlah penghalang untuk terus menimba ilmu dan kemahiran. Buktinya, wanita bersemangat berusia 50 tahun ini mula mengikuti kursus jahitan di Kolej Komuniti Kepala Batas ini semenjak tahun 2006 hingga kini!

Sebelum Memulakan Kursus…..
Mengenangkan anak-anak telah tamat persekolahan, Puan Rosnah mula memasang niat untuk berkecimpung dalam bidang yang telah lama ingin diceburinya ini. Namun, beliau hanya berkebolehan menjahit baju kurung biasa sahaja tanpa mengikuti mana-mana kursus atau latihan intensif. Bak kata pepatah, ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’, wanita cekal ini mengintai peluang-peluang mendapatkan kemahiran dalam jahitan sebagai bekalan untuk bergiat secara lebih serius dalam bidang ini. Berkat usaha dan kesabaran, akhirnya menemukan Puan Rosnah dengan kakitangan Kolej Komuniti Kepala Batas yang memperkenalkan kursus pendek jahitan pakaian kepada beliau pada tahun 2006.

Semasa Mengikuti Kursus…..
Apabila peluang telah terbuka luas di depan mata, Puan Rosnah berazam untuk tidak mensia-siakannya dan mengutip setiap kemahiran daripada tenaga pengajar yang pihak kolej sediakan. Ternyata, beliau seorang yang cepat mahir dan amat disenangi oleh tenaga pengajar. Selesai kursus pertama, timbul pula keinginan untuk belajar fesyen yang lain pula. Apa yang menariknya tentang wanita ini ialah keinginannya tidak terhenti di situ saja dan beliau memohon lagi untuk kursus jahitan bagi fesyen yang lain pula. Situasi ini terus berlanjutan hingga kini. Minatnya terbukti seiring dengan kebolehan dan kemahiran yang diterima apabila anak emas kepada tenaga pengajar ini acapkali menerima pujian melalui hasil jahitannya yang sangat cantik dan kemas.


Kejayaan Sekarang…..
Perasaan gembira tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila segala yang diimpikan kini telah menampakkan hasil. Beliau telah terkenal di kalangan penduduk setempat sebagai tukang jahit yang menghasilkan jahitan yang berkualiti. Berpuluh-puluh sijil telah berada dalam genggaman dan beliau telah mahir dalam pelbagai jenis jahitan. Antaranya ialah jahitan baju kurung biasa, baju kurung johor, baju kurung pahang, baju kebaya, baju kebarung, baju melayu, jubah, kemeja lelaki dan perempuan, blazer lelaki dan perempuan, blaus, kain pasang, seluar, baju raihan, baju jururawat dan lain-lain lagi. Tempahan yang diterima amat banyak dan ada di antaranya terpaksa ditolak kerana tidak ‘menang tangan’.
Berlandaskan kepada niat asal untuk membantu suami menambahkan pendapatan dan bukannya menjadikan sebagai punca pendapatan utama dalam keluarga, Puan Rosnah tidak meletakkan upah yang tinggi untuk tempahan. Terkenal dengan upah yang murah, sekitar RM 25 sahaja untuk jahitan yang amat berkualiti menjadikan beliau popular dan rezeki datang mencurah-curah. Pendapatan tetap beliau sebulan sekitar RM 1,000 dan menjelang musim perayaan dan kenduri pendapatan beliau mencecah lebih dari angka RM 2,600.
Bagaikan tidak percaya, beliau kini berjaya memiliki aset sendiri hasil daripada upah menjahit walaupun tidak memiliki premis perniagaan sendiri. Di rumahnya kini terdapat empat buah mesin jahit termasuk sebuah mesin jahit tepi dan sebuah mesin jahit sulam.

Harapan…..
Puan Rosnah masih memasang tekad untuk terus berkursus di Kolej Komuniti Kepala Batas untuk menambahkan lagi jenis jahitan pakaian yang ada dan demi untuk menjaga kualiti jahitan beliau. Beliau juga amat berharap sekiranya golongan muda dapat mengambil peluang yang amat bernilai ini memandangkan kursus yang ditawarkan murah dan bermanfaat. Yang paling penting, kursus ini dapat menjana pendapatan dan melahirkan usahawan bagi mereka yang bijak menggunakannya.

Ucapan…..
‘Alhamdulillah…Terima Kasih Kolej Komuniti Kepala Batas’. Demikianlah ayat yang terpacul secara spontan apabila diminta membuat ucapan. Beliau amat bersyukur kerana impian yang telah lama terpendam berjaya direalisasikan berkat sokongan padu daripada suami tercinta dan anak-anak tersayang.

Rabu, 4 November 2009

KURSUS ASAS PEMBUATAN WAKAF & PERGOLA

Unit Kursus Pendek (Kurpen) Kkkb akan mengadakan satu kursus asas pembuatan pergola/wakaf/gazebo. Penyertaan terbuka kepada semua golongan yang berminat. Kursus dijalankan secara teori & praktikal.

Sebarang pertanyaan/pendaftaran @ persoalan, Sila hubungi:
Bilik Gerakan Kursus Pendek
Kolej Komuniti Kepala Batas
04-5780302
pks_kkkb@yahoo.com

Selasa, 3 November 2009

KURSUS ASAS PERKAHWINAN ISLAM

Kursus Asas Perkahwinan Islam
Anjuran:
Kolej Komuniti Kepala Batas
Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang

Tarikh Kursus : 05-06 Disember 2009
Hari: Sabtu & Ahad
Masa: 8.30 pg - 04.30 petang

Sebarang pertanyaan lanjut/pendaftaran sila hubungi:
04-5780302

**Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang.

KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK

Kursus asas pendawaian elektrik secara teori & praktikal. Kos kursus yang murah dan berpatutan. Terbuka kepada semua peringkat umur. Graduan yang menganggur amatlah digalakkan memohon. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kursus ini sila hubungi:

Bilik Gerakan Kursus Pendek KKKB
04-5780302

Pn. Siti Hazlina
Penyelaras Kursus
email: pks_kkkb@yahoo.com


Khamis, 29 Oktober 2009

KURSUS JAHITAN LANGSIR

"Kursus Jahitan Langsir akan diadakan pada :
Tarikh : 14 - 30 November 2009
Masa : 8.30 Pagi - 01.30 Petang (20 Jam)
Hari : Sabtu (3 kali)

Sebaran pertanyaan @ berminat sila hubungi:
Pn. Siti Hazlina
04-5780302

Isnin, 26 Oktober 2009

KURSUS MASAKAN NASI KANDAR



Sebarang pertanyaan mengenai Kursus Masakan Nasi Kandar & Masakan sila hubungi:
Ketua Penyelaras Kurpen KKKB
Pn. Fatimah Bt Hj Saidin
04-5780302

KURSUS ASAS SENI UKIRAN BUAH

Kursus ini sesuai untuk :
- Menjadikan hobi sebagai punca pendapatan sampingan.
- memperlajari teknik asas seni pengukiran buah-buahan dan sayuran.
- Memberikan sumbangan "ukiran buah" kepada rakan atau keluarga terutama semasa majlis kenduri kahwin atau keramaian.
- Peluang memasuki pertandingan ukiran buah-buahan peringkat daerah, negeri dan antarabangsa..

Harga pakej: Antara RM50.00 hingga RM100.00 seorang
** Bergantung kepada pakej, lokasi dan tahap kursus
Peserta perlu membayar amaun penuh semasa pendaftaran kerana pihak penganjur perlu menyediakan peralatan-peralatan, membuat tempahan slot serta proses penyediaan sijil kursus.
** harga pakej ini adalah untuk program promosi dan tertakluk kepada perubahan untuk masa yang akan datang..


Sebarang pertanyaan & pendaftaran:-
Pn. Fatimah Bt Hj Saidin (Ketua Penyelaras Kurpen KKKB)
04-5780302
Saudara Azwan B. Aznan
017-5340267 (Pembantu Kurpen)

Jumaat, 16 Oktober 2009

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN


Kursus penanaman cendawan..
Pihak Jpsh Kkkb akan menganjurkan satu kursus penanaman cendawan tiram kelabu pada 14/11/2009..Sekiranya ada pihak yang berminat untuk turut serta menyertai kursus ini sila berhubung dengan penyelaras kursus penanaman cendawan Cik Rozanazirah & En. Azwan dengan emailkan pertanyaan ke iwanqais@hotmail.com atau boleh terus hubungi pihak kkkb..

salam mesra,
pks_kkkb

Rabu, 30 September 2009

SUCCESS STORY

Pengenalan
Menjejaki peserta kursus pendek yang berjaya telah menemukan kami dengan Puan Rokiah binti Ismail, pemilik nombor kad pengenalan 700707-07-5434 yang berasal dari Sungai Dua, Butterworth.Tarikh 31 Mei hingga 30 Ogos 2008 merupakan tempoh yang amat bermakna bagi beliau yang merupakan salah seorang peserta yang terpilih di kalangan penduduk miskin tegar daerah Seberang Perai Utara. Menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar kerjasama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, kesemua peserta program diberikan latihan intensif masakan timur dan teknologi makanan. Tempoh 144 jam latihan kemahiran masakan pelbagai menu dan program keusahawanan berjaya mencetus idea dan menjadikan beliau bijak mengintai peluang perniagaan. Situasi ini sekaligus meletakkan bekas peserta kursus ini sebagai salah seorang yang berjaya mencapai objektif perlaksanaan program iaitu melahirkan usahawan kecil di kalangan penduduk berpendapatan rendah.

Sebelum Memulakan Kursus…..
Melayari hidup sebagai surirumah sepenuh masa dan membesarkan tiga orang anak menimbulkan keinginan dan hasrat di hati beliau untuk membantu suami menambahkan pendapatan hidup mereka sekeluarga. Menerusi maklumat dan tawaran daripada pihak Kolej Komuniti Kepala Batas dan dikuatkan lagi dengan minat yang telah lama terpendam serta dorongan daripada suami dan keluarga meningkatkan lagi keyakinan diri untuk menerima tawaran ini bagi menaikkan taraf hidup Puan Rokiah sekeluarga.

Semasa Mengikuti Kursus….. Puan Rokiah amat teruja dapat mempelajari pelbagai menu dan teknik memasak daripada chef-chef yang dibawa khas oleh pihak kolej. Daripada penyediaan makanan timur, makanan barat, makanan sejuk-beku, kuih tradisional, pasta, roti dan kek, kesemuanya dipelajari dengan tekun. Pelbagai ilmu keusahawanan juga dikutip satu-persatu daripada 13 orang ilmuan dari Universiti Utara Malaysia sepanjang tempoh 14 hingga 21 Ogos 2008. Sifat suka bertanya tips-tips masakan dan kesungguhan beliau terserlah sepanjang perjalanan kursus. Pengalaman Puan Rokiah juga lebih bermakna apabila diserikan lagi dengan lawatan yang diaturkan oleh pihak kolej untuk diketemukan peserta program dengan chef terkenal iaitu Chef Ismail dan Chef Florence
Tan di Restoran Rebung, Bangsar bagi melengkapkan lagi ilmu memasak dan teknik pemilihan bahan mentah di pasar. Kejutan yang dibuat oleh Chef Ismail dengan mengadakan slot motivasi untuk menjadi usahawan ternyata mengundang pelbagai perasaan, bersemangat, sedih, terharu dan bagi Puan Rokiah sendiri rentetan pengalaman inilah permulaan baru dalam hidup beliau…

Kejayaan Sekarang…..
Mengusahakan jualan di kantin Sekolah Agama Rakyat Sungai Dua, beliau mengaplikasikan sepenuhnya resepi-resepi yang dipelajari dan berjaya mendapatkan tempahan-tempahan daripada penduduk setempat. Beliau juga semakin terkenal dan mula mengambil tempahan katering untuk pelbagai majlis dan keraian dalam kuantiti yang besar terutamanya di musim cuti sekolah. Terbaru, Puan Rokiah memulakan perniagaan sejuk-beku dan juga sambal tumis segera. Mendapat sokongan penuh daripada suami, tempahan katering, makanan sejuk-beku dan juga sambal tumis turut mendapat tempat di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), tempat suaminya bekerja. Beliau amat bersyukur mendapat keuntungan sekitar RM 1,400 – RM 1,500 sebulan dan keuntungan akan meningkat pada musim cuti sekolah.

Harapan…..
Mula mendapat tempat dalam pasaran, Puan Rokiah turut tidak terlepas daripada kekangan dan cabaran untuk mengembangkan perniagaan. Antaranya, beliau mengharapkan akan memiliki premis dan pekerja sendiri suatu hari nanti memandangkan sekarang beliau terpaksa menolak banyak tempahan disebabkan tidak cukup peralatan dan tidak mempunyai kakitangan pembantu. Beliau juga terpaksa menolak tawaran tender kantin MPSP baru-baru ini disebabkan masalah yang sama. Namun, semua cabaran ini sedikit pun tidak mematahkan semangat beliau malah memberi suntikan dan semangat baru untuk terus berkecimpung dalam bidang ini sekaligus mengubah kehidupan baru beliau daripada usahawan kecil kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara besar-besaran dan mempunyai pasaran yang luas.

Ucapan…..
Memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi, Puan Rokiah turut tidak lupa segala jasa dan latihan kemahiran yang telah disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Kepala Batas sehingga membawa perubahan dalam dirinya dan keluarga. Alhamdulillah…..

Isnin, 28 September 2009

KURSUS AUTOCAD

Kelas Autocad:
Pemudah Autocad 2D
Autocad Basic
Autocad 3D
Autocad 3D (Mechanical)
Inventor

KURSUS JAHITAN

Jenis Jahitan:
Jahitan Langsir (di Lavender D̩cor) РAhad pagi
Jahitan Langsir ( di Kesumanita) – Sabtu pagi
Jahitan Pakaian (di Lavender Decor) – Sabtu pagi
Jahitan Pakaian ( di Kesumanita) – Ahad petang
Jahitan Manik

KELAS MASAKAN

Kek;
Pakej 1-Choc noist, marble sponge
Pakej 2-banana, cheese, marble baked cheese
Pakej 3-prune, apple & carrot, muffin
Pakej 4-strawberry roll, tiger roll, blueberry
(RM 30.00 per pakej)

Nasi & Lauk-pauk:
Pakej 1-nasi berempah thai, nasi minyak, daging masak hitam manis, thai green curry
Pakej 2-nasi hujan panas,nasi arab/nasi dal, ayam madu, kurma ayam merah
Pakej 3-nasi bukhari, nasi tomato, ayam masak merah, daging berempah
(RM 35.00 per pakej)

Kuih Tradisional Melayu:
Pakej 1-talam nyonya, kole kacang, apam penang, egg flan
Pakej 2-kuih lapis, kuih seri muka, tepung talam
Pakej 3-talam keladi, tepung pelita, apam gula hangus
Pakej 4-bengkang gandum, bengkang jagung, bengkang beras
Pakej 5-cara berlauk, lompat tikam, qasidah
(RM 25.00 per pakej)

Roti:
Roti manis & roti tawar
(RM 25.00 per pakej)

Pastri:
Pakej-sweet crust pastry, egg tart, flan paste, chicken pie
(RM 30.00 per pakej)

Western food
Pakej-chicken chop, mushroom/chicken soup, fish & chip
(RM 30.00 per pakej)

Sabtu, 26 September 2009

TAKWIM KURSUS PENDEK OKTOBER 2009

Senarai Kursus Mengikut Takwin Kurpen Oktober 2009
Tajuk Kursus:-

Asas Microsoft Office (Power point)
Jahitan Langsir
Jahitan Pakaian
Adobe Photoshop (lanjutan)
Autocad 3D
Autocad 3D (Mechanical)
Bahasa Arab 1
Asas Kraftangan (Tudung Salji)
Ternakan Cacing
Asas Masakan Kek, Nasi & Lauk-Pauk
Asas Masakan Roti & Pastri
English For Communication
Bahasa Mandarin
*Tertakluk pada pindaan.
*Kursus hanya akan dilaksanakan sekiranya jumlah peserta mencukupi (minima 20 orang).
*Penyertaan secara berkumpulan amatlah digalakkan..
*Sebarang pertanyaan:-
azwan aznan
0175340267

Khamis, 24 September 2009

KEPELBAGAIAN KURSUS PENDEK (KURPEN)

KURSUS GUNTING RAMBUT


Kursus Gunting Rambut merupakan salah satu kursus yang ditawarkan sebagai kurpen di KKKB. Peserta akan diajar cara asas menggunting rambut secara keseluruhannya. Kelas secara teori dan praktikal. Malah, peserta sendiri boleh mencuba bagaimana cara atau situasi sebenar menggunting rambut...




KURSUS ASAS BATU BATA



Kursus ini pula hasil daripada Kursus Asas simenfero dan Pergola. Secara ringkasnya peserta akan diajar cara-cara untuk membancuh sukatan simen..
selain itu, peserta akan diberi pendedahan dalam mereka bentuk dan letak batu-bata, serta cara melekatkan simen padanya..
Peserta pastinya tertarik dengan kursus yang ditawarkan ini kerana berpeluang untuk melakukannya sendiri.




KURSUS MOTIVASI PMR & SPM


Kursus Motivasi PMR & SPM dianjurkan supaya pelajar-pelajar sekolah lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Peserta kebanyakkannya adalah dari sekolah yang berdekatan. Dengan yuran paling minima sebanyak RM5.00. Pelajar pastinya mampu untuk turut serta dalam kursus yang dianjurkan ini. Bukan itu sahaja. Malah, pendedahan mengenai tatacara menjawab soalan akan diberikan selain motivasi diri akan diberikan supaya pelajar lebih yakin serta bersemangat untuk menempuh peperiksaan yang bakal mereka lalui..

Rabu, 23 September 2009

KURSUS PERMINTAAN TINGGI

KURSUS GUBAHAN
Kursus Gubahan merupakan salah satu kursus pendek yang dijalankan di Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB). Pelbagai lapisan masyarakat boleh menyertai kursus ini kerana kemahiran serta ilmu yang diperolehi dapida kursus ini boleh diaplikasikan sebagai sumber pendapatan. Sambutan kursus ini lebih daripada golongan wanita yang bekerjaya yang mahu menggunakan ilmu dipelajari ini untuk menghias rumah mereka.
KURSUS MASAKAN KEK & PASTRI
Kursus ini juga merupakan salah satu kursus yang amat diminati oleh penduduk setempat. permintaan amat tinggi untuk kursus masakan seperti ini. Sambutan amat menggalakkan malah kadang lebihan peserta yang memerlukan pihak KKKB membuka lebih banyak kelas masakan pada hujung minggu. Kursus masakan lebih diminati kaum wanita. Namun, ada juga pembabitan dan penyertaan dari kaum lelaki. Ini kerana, memasak bukan lebih terjurus kepada kegunaan harian semata-mata tetapi juga sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan.

Sabtu, 19 September 2009

KURSUS PENDEK

Kursus-Kursus yang ditawarkan:
Asas Penyelenggaraan Kereta
Asas Penyelenggaraan Motosikal
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris
Bahasa Mandarin
Solekan dan Penampilan Diri
Gunting Rambut
Tajwid
Keusahawanan
Masakan
Jahitan Pakaian
Jahitan Langsir
Lanskap
AutoCAD
Ms Word
Ms Excel
Ms Powerpoint
Adobe Photoshop
Adobe Illustrator
Macromedia Flash
Kemahiran Internet
Penyelenggaraan Komputer
dan lain-lain lagi
* Tertakluk Pindaan Semasa

Daftar Segera...
KURSUS PENDEK secara teori & paktikal...
  • Peluang terbuka kepada yang berminat

  • "Yuran Pendaftaran" RM5 hingga RM20

  • Pengecualian "Yuran Pendaftaran" bagi OKU, pesara & warga emas

  • "Yuran Bahan" adalah tertakluk kos semasa

  • Tempoh kursus 5 jam hingga 20 jam

  • Tiada syarat kelayakan akademik

  • Tiada had umur

  • Kursus pada hari Sabtu/Ahad

  • Sijil penyertaan kepada yang layak

  • Lokasi kursus di Kepala Batas @ cawangan Bukit Mertajam @ cawangan Nibong Tebal

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran: