Ahad, 21 Februari 2010

PAKEJ TERBARU PASTRI, BAKERI & WESTERN FOOD

Kursus Pastri yang ditawarkan adalah seperti yang dinyatakan di bawah:


Pakej 2 Pastri
Kek Cawan (Cup Cake)
Kek marble
Kek Fondant
Bayaran: RM30.00
Tempoh masa: 5 Jam









Pakej 1 Pastri
Kek Span
Hiasan Kek
Kek Black Forest
Bayaran: RM30.00
Tempoh masa: 5 Jam
Terdapat pelbagai lagi pakej-pakej menarik mengenai kursus masakan pastri, bakeri & masakan barat. Terdapat hampir 17 pakej menarik. Kelas akan dijalankan pada setiap hujung minggu dan pendaftaran dibuka sekarang..
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi penyelaras kursus ditalian:
04-3511385 @ 04-5780302
emailkan pertanyaan anda ke:

Sabtu, 20 Februari 2010

SEKITAR KURSUS PEMBINAAN LAMAN WEB & BLOG

Peserta kursus didedahkan kepada tatacara memasukkan "posting" ke dalam blog disamping memasukkan gambar-gambar serta aturcara bentuk blog yang dihasilkan...

Website yang telah di bina harus direka bentuk layoutnya dan peserta kursus sibuk mengemaskini website yang di hasilkan. Malah peserta diminta meneliti serta melayari sendiri setiap bahagian dalam rekabentuk website mereka.

Blog telah dapat dihasilkan dengan menggunakan email baru. Seterusnya hanya memasukkan "post" untuk melengkapkan kerja memblog.



SEKITAR KURSUS PEMBUATAN KUIH TRADISIONAL MELAYU

Kuih bahulu dihasilkan. Peserta diminta mencuba serta turut sama dalam kursus yang dijalankan. Gambar ini menunjukkan peserta kursus kusyuk memasukkan bahan acuan ke dalam sarang kuih bahulu.

Hasil kuih bahulu. Peserta masih mencuba menghasilkan kuih tersebut.



Perserta turut sama menghasilkan kuih bakar.


Tenaga pengajar, Pn Rohani menunjukkan cara menguli tepung dalam bancuhan menghasilkan kuih bakar. Tepung yang diuli seterusnya diterap ke dalam acuan.




Peserta menghasilkan kuih putu kacang bersama tenaga pengajar. Semua peserta berpeluang mencuba. Malah setiap peserta dibekalkan hasil kuih yang siap untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan....




Rabu, 3 Februari 2010

KURSUS MASAKAN - KUIH MUIH TRADISONAL

Kursus masakan merupakan satu kursus yang amat diminati oleh komuniti setempat. Malah, permintaan untuk kursus ini adalah amat memberansangkan. Justeru, atas inisiatif pihak JPSH KKKB akan mengadakan satu kursus masakan Kuih Muih Tradisional.

Tenaga pengajar bagi kursus ini amat berpengalaman. Malah, beliau sendiri merupakan pengedar & pembekal kuih muih tradisional seluruh kawasan Kedah dan Pulau Pinang. Kursus ini akan merangkumi 3 jenis kuih yang akan diajar. Iaitu pertama, kuih putu kacang, kuih bakar dan kuih bahulu.
Rentetan kursus masakan - kuih muih tradisional adalah seperti butiran di bawah:-

Tarikh: 20 Februari 2010
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Bayaran kursus : RM30.00
Tempat kursus: Bilik Masakan, Kolej Komuniti Tasek Gelugor (Teluk Air Tawar)



**gambar yang dipamerkan adalah sekadar hiasan dan copyright daripada sumber dari internet