Selasa, 17 Mei 2011

PERMOHONAN SECARA ONLINE

Makluman kepada semua peserta,
Para peserta yang berminat untuk menyertai PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA boleh memohon secara online di alamat:

www.bpkk.edu.my/app/e_psh_v7s/Borang

Borang-borang online anda akan diproses dan anda akan dihubungi sekiranya kursus yang dipohon akan dijalankan...

Isnin, 2 Mei 2011

PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA - KURSUS BAHASA MANDARIN

Kursus Latihan 1 Malaysia telah mula dijalankan di Kolej Komuniti Kepala Batas sejak awal tahun 2011 ini. Salah satu kursus yang telah berjalan ialah Kursus Bahasa Mandarin. Kursus ini telah berjalan bermula 29 Mac 2011. Kursus Bahasa Mandarin ini dijalankan pada setiap minggu iaitu :
• hari sabtu: 10 pagi
• hari selasa: 8 malam
• hari khamis: 8 malam




Uniknya kursus ini, peserta-peserta kursus yang hadir tidak kira usia, jantina dan juga bangsa. Asalkan ada niat dan usaha untuk mempelajari sesuatu yang baru segala bukan mustahil.

Tahniah kepada para peserta kursus kerana membuka peluang untuk diri sendiri untuk lebih maju dan selangkah ke hadapan. Tahniah!!!...
Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus-kursus latihan 1 Malaysia yang ditawarkan di Kolej Komuniti boleh terus menghubungi talian Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat KKKB.