Selasa, 17 Mei 2011

PERMOHONAN SECARA ONLINE

Makluman kepada semua peserta,
Para peserta yang berminat untuk menyertai PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA boleh memohon secara online di alamat:

www.bpkk.edu.my/app/e_psh_v7s/Borang

Borang-borang online anda akan diproses dan anda akan dihubungi sekiranya kursus yang dipohon akan dijalankan...

Isnin, 2 Mei 2011

PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA - KURSUS BAHASA MANDARIN

Kursus Latihan 1 Malaysia telah mula dijalankan di Kolej Komuniti Kepala Batas sejak awal tahun 2011 ini. Salah satu kursus yang telah berjalan ialah Kursus Bahasa Mandarin. Kursus ini telah berjalan bermula 29 Mac 2011. Kursus Bahasa Mandarin ini dijalankan pada setiap minggu iaitu :
• hari sabtu: 10 pagi
• hari selasa: 8 malam
• hari khamis: 8 malam




Uniknya kursus ini, peserta-peserta kursus yang hadir tidak kira usia, jantina dan juga bangsa. Asalkan ada niat dan usaha untuk mempelajari sesuatu yang baru segala bukan mustahil.

Tahniah kepada para peserta kursus kerana membuka peluang untuk diri sendiri untuk lebih maju dan selangkah ke hadapan. Tahniah!!!...
Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus-kursus latihan 1 Malaysia yang ditawarkan di Kolej Komuniti boleh terus menghubungi talian Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat KKKB.



Rabu, 13 April 2011

We are back!!!

Kepada para pengunjung yang dikasihi sekalian..

Pertamanya.. pihak Kolej Komuniti Kepala Batas ingin memohon maaf kerana membenarkan blog ini 'terhenti' buat seketika waktu di atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan... Namun kini, tuan/puan para pengunjung sekelian boleh mengunjungi blog ini semula dan kami akan sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat berkenaan kursus 1 Malaysia yang dijalankan di Kolej Komuniti.. Sukacita juga ingin kami maklumkan bahawa kursus pendek yang dijalankan sebelum ini, kini dikenali juga sebagai Program Latihan 1 Malaysia yang mana konsepnya sedikit berubah... Kami akan jelaskan dengan lebih lanjut pada post-post yang akan datang...

Sekian terima kasih...

Selasa, 22 Mac 2011

Just notE!

Laman blog ini masih boleh diakses bg mendapatkan maklumat-maklumat mengenai kursus pendek yang dijalankan di kolej komuniti kepala batas dan cawangan-cawanganya..
sebarang pertanyaan terus hubungi bilik gerakan jpsh kkkb..

salam mesra...