Selasa, 22 Disember 2009

KEPADA PARA PESERTA KURPEN

Pihak Kolej Komuniti Kepala Batas amat berbesar hati di atas penyertaan tuan/puan di dalam kursus-kursus pendek yang telah pihak kami anjurkan. Untuk penyetahuan tuan/puan, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Kepala Batas ditubuhkan bertujuan mendekati komuniti setempat dalam merealisasikan amalan pembelajaran sepanjang hayat sebagaimana yang dituntut.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah bagi memenuhi keperluan dan kehendak komuniti dengan harga yang berpatutan, kepakaran yang diiktiraf dan kehendak latihan yang sesuai. Antara kursus yang ditawarkan oleh kami adalah kelas bahasa (bahasa inggeris, arab, mandarin dll), keusahawanan, kemahiran komputer, kursus keagamaan (tajwid, pengurusan jenazah, kursus perkahwinan dll), penyelenggaraan kenderaan/komputer, masakan, solekan dan penampilan diri dan sebagainya.

Sekali lagi, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyertaan tuan/puan dalam kursus yang telah kami anjurkan dan kami amat mengalu-alukan penyertaan tuan/puan di masa akan datang. Sebarang pertanyaan berkaitan kursus yang kami tawarkan, bolehlah berhubung dengan kakitangan kami di talian 04-5780302.

Sekian, terima kasih.
JPSH: "Satu Pendekatan Pendidikan & Latihan Bersepadu"

Salam mesra,
Rozanazirah Che Yahaya
Penyelaras Kursus Pendek
Kolej Komuniti Kepala Batas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan