Ahad, 31 Januari 2010

MAJLIS MAKAN MALAM & ANUGERAH KURPEN 2009

Tanggal 29/01/2010 satu Majlis Makan Malam & Anugerah Kurpen 2009 telah berlansung di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Majlis ini anjuran bersama Kelab Staf KKKB & Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH). Majlis penganugerahan ini diadakan bagi meraikan jasa dan hasil kerja semua pensyarah mahupun staf yang terlibat dalam mengendalikan kursus pendek. Di mana, semua penyelaras yang terlibat dengan kursus pendek yang telah mereka jalankan diberi hadiah berupa set minyak wangi sebagai penghargaan kepada mereka. Senarai penerima Anugerah Kurpen sesi Jun - Disember 2009 adalah seperti berikut:


EN. SOFIZAIN ADAM
EN. ANWAR HAMID@PA
EN. SAZALI SAIDIN
PN. NADIA HANIM ABD RANI
CIK. YOGESsWARI a/p NAGALINGAM
PN. ROZANAZIRAH CHE YAHAHA
PN. NORLIZA MAT ABU
PN. NORAWATIF ABD MANAN
CIK. HANI ZURIHAN
PN. SYAHIDAH ILLIAS
EN. MOHD MUNAWIR ABD MAJID
CIK. SYABRIYAH SEHAT
EN. KHOR MENG KEANG
PN. NUR MAZLINA ABD HADI
PN. NUR IZYANA SHARI
PN. FATIMAH HJ SAIDIN
PN. AISYATUL SAFIZA
EN. MOHD SUHAIRI
EN. NG KAM MENG
PN. NOOR AZLINA
PN. KAMILAH
PN. RUSZITTA DARUS
EN. MOHD SUFFIAN HALMI
PN. SHARIFAH RUSNIZA
EN. MOHD KAMARUL ARIFFIN
PN. NURUL SYARAFINA
EN. MAHAMAD KHAIRUL ANUAR TALIB
PN. RUZITA MD YUSOFF
CIK. SYARIZA
PN. SITI HAIDA HARIS
EN. ABDUL HAFIZ HAMID
PN. SITI NORHAZLINA ­­ SHAFIE
PN. NUR MARINI MOHD ZAIN

Sekalung penghargaan dan tahniah pihak JPSH KKKB ucapkan kepada semua penerima Anugerah Kurpen 2009. Semoga anda terus memberi komitmen sepenuhnya untuk kejayaan Kursus Pendek KKKB pada masa akan datang.







Rabu, 27 Januari 2010

KURSUS PEMBINAAN BLOG @ WEB

Penggunaan internet semakin meluas dikalangan masyarakat sekarang. Malah, semua golongan lebih suka berinteraksi secara online daripada offline. Justeru, melalui perkembangan ini. Kolej Komuniti Kepala Batas, menawarkan kursus baru yang boleh dijadikan satu sumber hobi masa lapang disamping menjana pendapatan dengan mengiklankan produk secara alam maya.

Kursus Pembinaan Blog ini dijalankan selama 1 hari sahaja dan harga yang amat berpatutan iaitu sebanyak RM15.00 sahaja. Modul pembelajaran akan diberikan serta sijil penyertaan akan disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Kepala Batas. Tempat kursus ini diadakan adalah dicawangan Kolej Komuniti Tasek Gelugor yang terletak di Telok Air Tawar.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Kursus Pembinaan Blog ini bolehlah menghubungi Penyelaras Kursus di talian 04-5780302 / 04-3511385. Tempat adalah terhad dan kelas dijalankan pada hujung minggu dengan bilangan peserta yang mencukupi..



"Jalinan Komuniti Anda"
Tarikh: 17 fEbruari 2010
Masa: 9.00 pagi - 2.00 pEtang
Hari: rabU
Peserta: Pensyarah & Staf Kolej Komuniti Kepala Batas
Pengajar: IT Base Seberang Jaya

Khamis, 21 Januari 2010

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera untuk semua,

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan kurnia dan izinnya jua dapat kita berkomunikasi dan bertukar maklumat dan informasi melalui laman web KKKB ini.

Penubuhan Kolej Komuniti Kepala Batas yang bermula pada 6 Jun 2001 sebagai sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat masyarakat dan memberi peluang pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat.

Kolej juga berperanan melahirkan keperluan tenaga manusia dan memenuhi kehendak sosial setempat selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir demi merealisasikan matlamat wawasan 2020.

Kursus-kursus sepenuh masa untuk pelajar lepasan SPM dan kursus-kursus pendek yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira had umur telah menjadikan Kolej Komuniti Kepala Batas sebagai pilihan utama komuniti setempat.

Lokasi kolej yang terletak di dalam kawasan perumahan yang berhampiran dengan pekan Kepala Batas yang pesat membangun bukan sahaja memberi kemudahan tempat tinggal kepada pelajar malah dilengkapi dengan fasiliti yang terkini. Prasarananya yang disediakan adalah lengkap dan berwajah baru serta didukung oleh 100 orang staf akademik dan pentadbiran yang berdedikasi dan berpengalaman menjadikan kolej Komuniti Kepala Batas antara kolej komuniti yang terulung di Malaysia.

4 kursus sepenuh masa ditawarkan di Kolej Komuniti Kepala Batas adalah kursus sijil Automotif, kursus sijil Multimedia Kreatif (animasi) , kursus sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu dan kursus sijil Pelukis Pelan Senibina . Sementara kursus yang ditawarkan di kolej –kolej komuniti cawangan iaitu di Kolej Komuniti Nibung Tebal (sijil Hotel dan Katering) , Kolej Komuniti Bukit Mertajam (sijil Fesyen dan Pakaian) dan Kolej Komuniti Tasek Gelugor ( kursus Bakeri dan Konfeksionari) . Kesemua kursus-kursus tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakan dari masyarakat setempat.

Semoga dengan melayari laman web KKKB ini akan memberikan maklumat dan pendedahan kepada masyarakat untuk lebih mengenali Kolej Komuniti Kepala Batas dan peranannya kepada masyarakat setempat. Sebarang pertanyaan dan cadangan yang membina adalah dialu-alukan demi untuk kebaikan bersama. Sekian.

“Kolej Komuniti Kepala Batas adalah Kolej Anda”

Mohd Nasir Bin Abd Ghani
Pengarah.




Copyright link:

Khamis, 14 Januari 2010

KKCTG

Kolej Komuniti telah membuka cawangan terbaru di Telok Air Tawar di bawah Parlimen Tasek Gelugor dan Kolej Komuniti ini dinamakan Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Kawasan yang berhampiran dengan komuniti setempat ini diharap dapat menarik minat semua golongan masyarakat untuk sama-sama menyertai Kolej Komuniti dengan pelbagai peluang pengajian yang ditawarkan.

Kursus Bakeri yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tasek Gelugor pastinya akan menarik minat golongan muda untuk mengikuti jurusan tersebut. Kolej ini akan beroperasi penuh pada Jun 2010. Majlis penyerahan kunci kolej tersebut telah diadakan pada 13 Januari 2010 lalu.

Buat masa kini, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat dari Kolej Komuniti Kepala Batas akan mengambil alih untuk menjalankan kursus pendek. Kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tasek Gelugor adalah Kursus Masakan Kek & Biskut, Kursus Komputer & dan lain-lain kursus.

Selasa, 5 Januari 2010

TAKWIM AKTIVITI TAHUN 2010 (SESI JANUARI 2010)

TAKWIM KURPEN 2010
KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

1. ASAS PENYELENGGARAAN KERETA - (MEI)
2. ASAS PENYELENGGARAAN MOTOSIKAL - (MEI)
3. BAHASA PERANCIS - (APRIL)
4. BAHASA JAWA - (JUN)
5. BAHASA MANDARIN - (JUN)
6. BAHASA ARAB - (JANUARI)
7. BAHASA INGGERIS - (JANUARI)
8. SOLEKAN & PENAMPILAN DIRI - (FEBRUARI - JUN)
9. GUNTING RAMBUT - (JANUARI)
10. TAJWID - (FEBRUARI)
11. KURSUS PERKAHWINAN - (MEI & JUN)
12. UMRAH & HAJI - (JUN)
13. KURSUS PENYEMBELIHAN - (JUN)
14. PENGURUSAN JENAZAH - (MEI & JUN)
15. KEUSAHAWANAN - (JANUARI & FEBRUARI)
16. BISKUT/KEK - (FEBRUARI)
17. PEMPROSESAN MAKANAN - (JANUARI)
18. MASAKAN - (JANUARI - MAC)
19. UKIRAN BUAH - (APRIL)
20. KRAFTANGAN - (MEI & JUN)
21. JAHITAN PAKAIAN - (SEPANJANG TAHUN)
22. JAHITAN LANGSIR - (SEPANJANG TAHUN)
23. JAHITAN MANIK - (JANUARI & MAC)
24. PEMBUATAN WAKAF/PERGOLA - (FEBRUARI)
25. LANSKAP/LANSKAP SIMENFERO - (FEBRUARI - APRIL)
26. LUKISAN KONKRIT - (MAC)
27. LUKISAN TERUKUR RUMAH TRADISIONAL - (MEI)
28. PLASTER SILING - (JUN)
29. MICROSOFT OFFICE - (SEPANJANG TAHUN)
30. ADOBE PHTOSHOP /ILLUTRATOR - (JANUARI - FEBRUARI)
31. KEMAHIRAN INTERNET - (MAC & APRIL)
32. NETWORKING/PENYELENGGARAAN KOMPUTER - (JANUARI - MAC)
33. PEMESINAN CNC - (SEPANJANG TAHUN)
34. MEMBAIKI TELEVISYEN - (APRIL)
35. PENDAWAIAN ELEKTRIK - (SEPANJANG TAHUN)
36. PENGHASILAN BAJA CACING - (FEBRUARI)
37. PENANAMAN CENDAWAN - (SEPANJANG TAHUN)
38. ASAS PERMAINAN PAINTBALL - (MEI)
39. ASAS RENANG - (MEI)
40. KEJURURAWATAN - (JUN)

TAKWIM 2010