Rabu, 27 Januari 2010

KURSUS PEMBINAAN BLOG @ WEB

Penggunaan internet semakin meluas dikalangan masyarakat sekarang. Malah, semua golongan lebih suka berinteraksi secara online daripada offline. Justeru, melalui perkembangan ini. Kolej Komuniti Kepala Batas, menawarkan kursus baru yang boleh dijadikan satu sumber hobi masa lapang disamping menjana pendapatan dengan mengiklankan produk secara alam maya.

Kursus Pembinaan Blog ini dijalankan selama 1 hari sahaja dan harga yang amat berpatutan iaitu sebanyak RM15.00 sahaja. Modul pembelajaran akan diberikan serta sijil penyertaan akan disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Kepala Batas. Tempat kursus ini diadakan adalah dicawangan Kolej Komuniti Tasek Gelugor yang terletak di Telok Air Tawar.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Kursus Pembinaan Blog ini bolehlah menghubungi Penyelaras Kursus di talian 04-5780302 / 04-3511385. Tempat adalah terhad dan kelas dijalankan pada hujung minggu dengan bilangan peserta yang mencukupi..



"Jalinan Komuniti Anda"
Tarikh: 17 fEbruari 2010
Masa: 9.00 pagi - 2.00 pEtang
Hari: rabU
Peserta: Pensyarah & Staf Kolej Komuniti Kepala Batas
Pengajar: IT Base Seberang Jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan