Khamis, 14 Januari 2010

KKCTG

Kolej Komuniti telah membuka cawangan terbaru di Telok Air Tawar di bawah Parlimen Tasek Gelugor dan Kolej Komuniti ini dinamakan Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Kawasan yang berhampiran dengan komuniti setempat ini diharap dapat menarik minat semua golongan masyarakat untuk sama-sama menyertai Kolej Komuniti dengan pelbagai peluang pengajian yang ditawarkan.

Kursus Bakeri yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tasek Gelugor pastinya akan menarik minat golongan muda untuk mengikuti jurusan tersebut. Kolej ini akan beroperasi penuh pada Jun 2010. Majlis penyerahan kunci kolej tersebut telah diadakan pada 13 Januari 2010 lalu.

Buat masa kini, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat dari Kolej Komuniti Kepala Batas akan mengambil alih untuk menjalankan kursus pendek. Kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tasek Gelugor adalah Kursus Masakan Kek & Biskut, Kursus Komputer & dan lain-lain kursus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan