Isnin, 12 April 2010

ROMBAKAN SEMULA KURSUS JAHITAN PAKAIAN & LANGSIR

Salam mesra.
Satu rombakan semula kursus yang mendapat tempat dihati peserta iaitu kursus jahitan pakaian & langsir akan dilakukan. Justeru, kursus ini akan ditamatkan buat sementara waktu dalam tempoh yang agak lama. Kursus yang sedang berjalan akan dilanjutkan sehingga penghujung bulan April. Bermula bulan Mei 2010 kursus ini akan ditamatkan. Sekalung maaf pihak pengurusan kursus pendek kkkb pohonkan kepada semua peserta yang telah mengisi borang pendaftaran untuk mengikuti kursus ini. Sebarang maklumat terkini akan pihak kami maklumkan kemudian nanti.
Sebarang pertanyaan lanjut & maklumat, pihak tuan/puan bolehlah menghubungi Jabatan Pembelajaran Hayat Kolej Komuniti Kepala Batas & Tasek Gelugor (Teluk Air Tawar).
Talian hotline jpsh: 04-5780302 @ 04-3511385
Harap Maklum.
Salam Khidmat Satu Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan