Rabu, 21 April 2010

FESTIVAL KOMUNITI

Tuan/Puan dijemput untuk bersama-sama memeriahkan
Festival Komuniti (FESKOM)
Kolej Komuniti Kepala Batas
bertempat di perkarangan Kolej Komuniti Kepala Batas
pada 22 Mei 2010
8.00 PAGI - 6.00 PETAG (Sabtu)


Kolej Komuniti ditubuhkan untuk menyediakan Latihan Teknikal & Vokasional bagi memenuhi keperluan tenaga dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan. Di samping itu, memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan latihan dan kemahiran bagi melahirkan komuniti berpengetahuan seirang dengan konsep "Pembelajaran Sepanjang Hayat".

Kini Kolej Komuniti Kepala Batas mempunyai 3 cawangan iaitu Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Kolej Komuniti Nibong Tebal dan Kolej Komuniti Tasek Gelugor.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda........
- Demo kursus pendek
- Program "Untukmu Belia"
- Bengkel penulisan jawi dan demo penulisan khat
- Pameran oleh program automotif, multimedia kreatif (animasi), pelukis pelan senibina & teknologi pembuatan bersepadu.
- Program derma darah
- Pemeriksaan kesihatan percuma
- Sukaneka
- Pertandingan "kira pensil warna animasi"
dan banyak lagi... JOM PAKAT MAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan