Ahad, 4 April 2010

KURSUS PEMBINAAN LAMAN BLOG

Semakin hari kepesatan dunia internet & teknologi semakin membangun dan terus kehadapan. Justeru, atas inisiatif ini sekali lagi pihak Kolej Komuniti Kepala Batas merangka satu kursus pembinaan lamwan web & blog. Kursus ini yang memakan masa hanya selama 5 jam akan memberi pendedahan mengenai dunia web & blog yang sebenar. Setiap peserta akan mempunyai blog tersendiri dengan ilham kreatif individu itu sendiri. Kursus ini terbuka kepada semua golongan masyarakat yang berminat. Bayaran yang paling minimum iaitu hanya RM15.00 sahaja**. Rebutlah peluang mempelajari ilmu baru yang akan memberikan anda kepuasan tersendiri dengan blog yang cantik & menarik..



Sebarang Pertanyaan lanjut mengenai kursus pembinaan laman web & blog ini bolehlah menghubungi pembantu penyelaras kursus pendek Saudara Azwan Bin Aznan di talian hotline jpsh 04-3511385, email: iwanqais@hotmail.com...
penyertaan anda amat dialu-alukan....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan