Rabu, 21 April 2010

FESTIVAL KOMUNITI

Tuan/Puan dijemput untuk bersama-sama memeriahkan
Festival Komuniti (FESKOM)
Kolej Komuniti Kepala Batas
bertempat di perkarangan Kolej Komuniti Kepala Batas
pada 22 Mei 2010
8.00 PAGI - 6.00 PETAG (Sabtu)


Kolej Komuniti ditubuhkan untuk menyediakan Latihan Teknikal & Vokasional bagi memenuhi keperluan tenaga dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan. Di samping itu, memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan latihan dan kemahiran bagi melahirkan komuniti berpengetahuan seirang dengan konsep "Pembelajaran Sepanjang Hayat".

Kini Kolej Komuniti Kepala Batas mempunyai 3 cawangan iaitu Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Kolej Komuniti Nibong Tebal dan Kolej Komuniti Tasek Gelugor.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda........
- Demo kursus pendek
- Program "Untukmu Belia"
- Bengkel penulisan jawi dan demo penulisan khat
- Pameran oleh program automotif, multimedia kreatif (animasi), pelukis pelan senibina & teknologi pembuatan bersepadu.
- Program derma darah
- Pemeriksaan kesihatan percuma
- Sukaneka
- Pertandingan "kira pensil warna animasi"
dan banyak lagi... JOM PAKAT MAI

Ahad, 18 April 2010

SEKITAR KURSUS MASAKAN KEK 17.04.2010
















Kursus Masakan Kek
Kolej Komuniti Cawangan Tasek Gelugor
17 April 2010
Pengajar: En. Azrul Bin Ahmad

Sabtu, 17 April 2010

SEKITAR KURSUS MASAKAN BARAT 17.04.2010











Kursus Masakan Barat
(Chicken Chop, Spagetthi, Fruit Tart)
17 April 2010
Pengajar: Pn. Siti Mureza Shuib

Isnin, 12 April 2010

ROMBAKAN SEMULA KURSUS JAHITAN PAKAIAN & LANGSIR

Salam mesra.
Satu rombakan semula kursus yang mendapat tempat dihati peserta iaitu kursus jahitan pakaian & langsir akan dilakukan. Justeru, kursus ini akan ditamatkan buat sementara waktu dalam tempoh yang agak lama. Kursus yang sedang berjalan akan dilanjutkan sehingga penghujung bulan April. Bermula bulan Mei 2010 kursus ini akan ditamatkan. Sekalung maaf pihak pengurusan kursus pendek kkkb pohonkan kepada semua peserta yang telah mengisi borang pendaftaran untuk mengikuti kursus ini. Sebarang maklumat terkini akan pihak kami maklumkan kemudian nanti.
Sebarang pertanyaan lanjut & maklumat, pihak tuan/puan bolehlah menghubungi Jabatan Pembelajaran Hayat Kolej Komuniti Kepala Batas & Tasek Gelugor (Teluk Air Tawar).
Talian hotline jpsh: 04-5780302 @ 04-3511385
Harap Maklum.
Salam Khidmat Satu Malaysia.

Sabtu, 10 April 2010

SEKITAR KURSUS MASAKAN KEK 10.04.2010 LOKASI KKCTG

Sekali lagi pada hari sabtU 10 april 2010, kolej komuniti cawangan tasek gelugor mengadakan kursus masakan kek. Seramai 23 orang peserta menyertai kursus ini dan peserta lelaki tunggal memberikan perhatian yang penuh semasa kursus berlansung. Kursus dibantu dengan 2 orang penyelaras Ustazah Shabriyah & Saudara Azwan. Manakala En. Azrul (Chef Masakan) dibantu oleh pembantu pengajar En. Aril. Kursus berjalan dengan sempurna. Rata-rata peserta berpuas hati dan hasil masakan dibawa pulang oleh peserta sendiri.